Zamri Salleh ketuai pasukan TSG di LTdL 2018

0
285
Majlis Perasmian Pejabat Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT) & TSG Station Serta Memperkenalkan Pelumba & Barisan Penaja Pasukan TSG Musim 2018. -Gambar Mohamad Firdaus Musa

Pelumba berpengalaman Mohd Zamri Salleh dipilih sebagai kapten untuk membawa cabaran pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dalam kejohanan Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL) yang akan bermula 18 Mac ini.

Selain itu Mohd Harrif Salleh,Mohd Sahrul Mat Amin, pelumba import dari Africa, Metkel Eyob Teweldeberhan Drew William Peters Moreym dari Australia , dan Ovechkin Artem dari Rusia juga diumumkan sebagai barisan pelumba basikal pasukan yang berpengkalan di Terengganu itu.

Majlis memperkenalkan pelumba TSG dibuat ketika Majlis Perasmian Pejabat Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT) & TSG Station Serta Memperkenalkan Pelumba & Barisan Penaja Pasukan TSG Musim 2018 di Perkedaian Ladang Tok Pelam yang disempurnakan oleh EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat yang mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman malam tadi.

Rozi dalam sidang media memberitahu tahun ini TSG meletakkan sasaran untuk meraih podium dan mempamerkan persembahan yang lebih baik berbanding edisi LTdL sebelum ini.

Beliau turut berkeyakinan TSG mampu meraih banyak kejayaan pada tahun ini dalam kejohanan jelajah antarabangsa dengan penyertaan beberapa pelumba bertaraf dunia.

Sementara itu bagi Zamri, TSG pada tahun ini banyak melakukan persediaan bagi LTdL dengan menyertai beberapa kejohanan di luar negara dalam memperkuatkan pasukan menghadapi perlumbaan tahunan tersebut. –Sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here