TFC raih 3 mata di Seremban

0
312
Keselesaan utama Terengganu Football Club ketika mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi. – Gambar TFC

Terengganu Football Club (TFC) terus mengekalkan momentum kemenangan apabila menundukkan Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Seremban malam tadi.

TFC juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 4 perlawanan dan mengumpul lapan mata untuk mengungguli tangga teratas dalam liga disebabkan ia merupakan satu-satu saingan Liga Super berlangsung hari ini.

Skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim yang masih segar dengan kemenangan besar 4-1 ke atas Selangor sebelum ini turun dengan motivasi tinggi menghadapi skuad Hoben Jang Hoben di gelanggang lawan.

Pelawat yang meletakkan jentera serangan yang diketuai oleh Kipre Tchetche , Lee Tuck dan Ashari Samsuddin pantas melancarkan serangan ke kubu tuan rumah sebaik tiupan wisel dimulakan.

Gandingan tiga serangkai itu memecah kebuntuan pada minit kesebelas apabila Ashari menyudahkan hantaran Kipre menewaskan penjaga gawang Muhammad Ilham Abdullah untuk gol pertama TFC.

Pasukan Peteh melakukan serangan bertali arus dan mendapat beberapa peluang namun sepakan dituju tepat ke arah penjaga gol dan keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Negeri Sembilan mengatur langkah pada babak kedua dan usaha mereka berhasil apabila Muhamad Fakrul Aiman Sidid menanduk cantik hasil hantaran silang Do Heon menewaskan Mohd Sufian Rahman untuk mengikat kedudukan 1-1.

Ketika keputusan seakan seri pemain TFC dari Korea Lee Jun Hyeop muncul wira apabila melakukan voli menarik menerjah jaring tuan rumah pada minit ke-83 untuk membantu pelawat membawa pulang tiga mata.

Selepas ini TFC akan bertemu JDT di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu pada 10 Mac depan. – Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here