TERKINI! Kereta polis dilapor memasuki kediaman Najib Razak

0
302

Beberapa buah kereta polis dilihat memasuki kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara malam tadi.

Menurut sebuah portal tempatan, lebih 10 buah kereta polis memasuki premis bekas Perdana Menteri tersebut sekitar jam 10.15 malam tadi.

Tidak dapat dikenal pasti kehadiran pihak berkuasa di kediamannya.

Sebelum itu, Najib telah memuat naik imej beliau menunaikan sembahyang Terawih di Masjid Kampung Baru sebelum pulang ke kediamannya sekitar jam 9.50 malam, kira-kira 25 minit sebelum kediamannya dikunjungi rombongan polis itu.

Najib turut memuat naik imej beliau menunaikan sembahyang di Instagram dan Twitter peribadinya sekitar jam 10.15 malam tadi.

Berità penuh di http://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-kereta-polis-dilapor-memasuki-kediaman-najib-razak-175672

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here