Home Sukan Terengganu kutip 1 mata aksi pertama Liga Super

Terengganu kutip 1 mata aksi pertama Liga Super

0
373
Lee Tuck beraksi cemerlang melawan PKNS malam tadi. Gambar Terengganu Football Club

Terengganu Football Club (TFC) terpaksa berhempas pulas untuk mencatat keputusan seri 2-2 dengan PKSN FC dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.

Awang import yang juga kapten TFC Tchetche Kipre muncul wira selepas menyumbang dua jaringan untuk Skuad Penyu bagi memungut satu mata berharga itu.

Tuan rumah yang turun dengan misi mencatat kemenangan menjaringkan gol pertama melalui sepakan penalti Kipre selepas penyerang Abdul Malik Mat Arif dijatuhkan pemain pertahanan PKNS pada minit ke-36.

Semut Api tidak menunggu lama untuk merapatkan jurang menerusi Mohammad Qayyum Marjoni Sabil minit ke-39 dan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, pemain import PKNS Rafael Ramazotti menghadiahkan gol kedua apabila mudah menewaskan penjaga gol TFC1, Mohd. Suffian Rahman.

Pada minit ke-73 Kipre menceriakan kira-kira 7,000 penyokong Peteh apabila sepakan jauhnya memperdaya penjaga gawang pelawat kelahiran Terengganu Shahril Saari untuk mengikat kedudukan seri 2-2 sehingga tamat permainan.

TFC berada di tangga keempat liga dan selepas ini TFC akan ke Kota Bharu untuk aksi kedua Liga Super melawan Kelantan. -Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here