Terengganu Digital 1303 beroperasi penghujung April

0
526

KUALA TERENGGANU – Hab Digital Terengganu yang pertama di Ladang Tok Pelam di sini bakal beroperasi selewat-lewatnya penghujung April ini.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, prasarana berharga RM12 juta itu akan menjadi pusat sehenti kepada usahawan online sekaligus merancakkan lagi revolusi Industri 4.0 di negeri ini.

“InsyaAllah, penghujung bulan ini, hub digital yang dikenali sebagai Terengganu Digital 1303 ini akan dibuka secara rasmi.

“Ia akan menjadi pusat kepada para belia untuk menjalankan perniagaan online atau apa-apa aktiviti berkaitan indutstri 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Festival Belia Terengganu, di Batu Burok, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat dan Pengerusi Majlis Belia Terengganu, Amirullah Othman.

Sementara itu, Amirullah memberitahu kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk diagihkan kepada 532 persatuan dan kelab belia peringkat cawangan di seluruh Terengganu.

“Sumbangan RM5, 000 untuk setiap persatuan atau kelab itu bertujuan untuk menjalankan aktiviti dan pelbagai pgram yang bermanfaat untuk setiap ahli berdaftar, ” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here