Strawberry Park : Mengapakah perlu dibangkitkan lagi?

0
741

Isu Strawberry Park Resort mukim Kijal, Kemaman sudah lama dijawab didalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 1 Disember 2015 yang lalu.

Menurut sumber Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) yang telah memberi tawaran pajakan tanah dan bangunan serta keseluruhan kawasan tersebut kepada sebuah syarikat dengan pajakan selama 30 tahun.

Syarikat Kinawill Development Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian pajak selama 30 tahun dengan LTAWNT pada 19 Oktober 2015 dimana sekarang ini tanggungjawab pengurusan dan pengedalian Strawberry Park Kijal itu dibawah syarikat tersebut.

Apa yang pasti tuduhan yang dibuat oleh parti pembangkang (PAS) Terengganu akhir-akhir ini adalah satu isu lama yang dibangkitkan bagi memberi persepsi yang buruk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan dasar-dasar ISLAM, PAS tidak seharusnya melibatkan diri dalam isu yang sudah lama di jawab dan ianya juga berbau FITNAH kepada kerajaan BN Terengganu.

Rakyat seharusnya menolak persepsi buruk yang telah lama dibawa oleh PAS Terengganu bagi meraih simpati dan sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum ke 14 (PRU14) yang akan berlaku bila-bila masa sahaja nanti.

Apa yang pasti PAS Terengganu kini yang ketandusan ISU bagi menghadapi PRU yang mana akhir-akhir ini juga banyak ISU dibangkitkan sudah diselesaikan sekian lama.

Slogan BN Terengganu hari ini #TerengganuMolekDoh cukup mengerunkan parti PAS hari ini kerana banyak perkara yang dilakukan kerajaan BN Terengganu dibawah YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan kepimpinan negeri dan secara keselurahannya boleh dikatakan MOLEK DOH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here