Serikandi Bantu Ringankan Beban Golongan Ibu Tunggal

0
224

Dekati 32 ribu golongan ibu tunggal  Terengganu adalah misi utama program Jom Jelajah Cakna Ibu Tunggal anjuran Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) bagi membantu serta meringankan bebanan mereka.

Pengerusi Serikandi , To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata,kami telah aturkan beberapa siri jelajah ini kesemua dun untuk sepanjang tahun.

Katanya, seramai 900 orang ibu tunggal dari Dun Bukit Payung menerima bantuan  wang tunai dan barangan dapur dari program Serikandi hari ini, ia merupakan program ke dua selepas program  di Dun Telemong.

“Program ini telah lama kami lakukan dan ini merupakan misi kami yg kedua dalam program Jom Jelajah Cakna Ibu Tunggal di mana yang pertama kali kami telah berjaya melakukannya di Telemong dan ini yang kedua, dan seterusnya kami dijangka akan bersama dgn ibu tunggal di dun Pengkalan Berangan , Jabi, Wakaf Mempelam dan kami akan aturkan sehinggalah sepanjang tahun.

“Dan kami harap program ini akan sentiasa diadakan demi untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu-ibu tunggal di Terengganu .

“kami berharap sumbangan yang kami beri ini dapat meringankan beban ibu-ibu tunggal kerana kita tahu mereka adalah ketua keluarga yang  bersendirian mencari nafkah utk menyara keluarga.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jom Jelajah Cakna Ibu Tunggal Dun Bukit Payung di SMK Seri Payung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here