Senarai penuh portfolio Exco kerajaan negeri Terengganu diumumkan

0
2564
Senarai portfolio yang dipegang Exco kerajaan negeri Terengganu diumumkan.

Menteri Besar Terenggganu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan senarai penuh 11 portfolio baharu kerajaan negeri selepas mesyuarat Exco pertama di Wisma Darul Iman hari ini.

Menurutnya beberapa perubahan dan penambahbaikan bidang telah dilakukan untuk Anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) yang dipilih.

Ahmad Samsuri yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang bertugas dalam portfolio Perancang, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli.

Senarai penuh 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu beserta portfolio:

1. Satiful Bahri Mamat (ADUN Paka)
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

2. Dr. Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal)
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

3. Mohd. Nor Hamzah (ADUN Bukit Payung)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakeah dan Penerangan

4. Dr. Azman Ibrahim (ADUN Jabi)
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa

5. Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (ADUN Ladang)
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran.

6. Ariffin Deraman (ADUN Alor Limbat)
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat

7. Hanafiah Mat (ADUN Chukai)
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpadusn Nasional

8. Wan Sukairi Wan Abdullah (ADUN Wakaf Mempelam)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan.

9. Dr. Mamad Puteh (ADUN Kuala Berang)
Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau

10. Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman (ADUN Kota Putera)
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here