Senarai pemenang Anugerah Sukan Terengganu 2017

0
469
Anugerah Sukan Terengganu 2017. – Gambar Takir Ibrahim

Majlis Anugerah Sukan Terengganu 2017 telah diadakan di Wisma Darul Iman malam ini.

Anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada atlet anak Terengganu yang mencapai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekaligus mengharumkan nama negeri dan negara.

Program ini dilaksanakan tepat pada masanya selepas atlet negeri Terengganu terus mencatat kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai acara sukan dalam kejohanan yang diwujudkan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

Senarai penuh pemenang Anugerah Sukan Terengganu 2017.

Anugerah Olahragawan – Mohd Azizulhasni Awang (Berbasikal)

Anugerah Olahragawati – Fatehah Mustapa (Berbasikal)

Anugerah Olahragawan Harapan – Syed Akmal Syed Ali (Petanque)

Anugerah Olahragawati Harapan – Nur Iman Aina Ahmad Sabti (Petanque)

Anugerah Pasukan Terbaik Lelaki – Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG)

Anugerah Pasukan Terbaik Wanita – Terengganu Ladies Hockey Team (THLT )

1 Anugerah Majlis Sukan Daerah Terbaik – Majlis Sukan Daerah Setiu

Anugerah Persatuan Sukan Terbaik – Persatuan Judo Negeri Terengganu

Anugerah Pegawai Persatuan Sukan Terbaik – Ahadi Othman (Setiausaha Persatuan Menembak Terengganu/ Ketua Jurulatih Skuad Menembak Sukma)

Anugerah Jurulatih Terbaik – Shahrul Fahmi Abin Abu Bakar @ Harun (Pencak Silat)

Anugerah Olahragawan Paralimpik – Zuhairie Ahmad Tarmizi (Berbasikal)

Anugerah Olahragawati Paralimpik – Nur Shahida Tajudin

Anugerah Jasamu Dikenang –
Rani Mustafa (Pencak Silat)
Zulkifli Hamzah (Bola Sepak)
Muhamad Mansor Omar (Kanu)

Berkaitan: Azizulhasni, Fatehah dipilih Olahragawan & Olahragawati Terengganu 2017

Anugerah Khas – (Penghargaan kepada individu yang memberi sumbangan besar kepada Sukan Negeri/Negara. Untuk tahun 2017 anugerah diberikan kepada mantan EXCO Kerajaan Negeri portfolio Sukan)
Dato’ Ahmad Sidi Ismail
Dato’ Wan Zakaria Abdul Rahman
Dato’ Othman Daud
Dato’ Aziz @ Ibrahim Awang
Dato’ Din Adam
Dato’ Abdul Rahin Mohd Said

Anugerah Kepimpinan Sukan – A Razak Mat Amin

Anugerah Tokoh Sukan – Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail

Sumber Terengganu.news

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here