‘Saya ketuai 15 dun’ – MB Razif

0
2216

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata beliau akan mengetuai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang BN belum menang dan empat Parlimen yang dikuasai pembangkang pada pilihan raya lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen BN Terengganu di Dewan Gamelan Primula Hotel Kuala Terengganu.

“15 DUN dan empat Parlimen itu adalah fokus saya supaya kita dapat melihat dan memenangi semaksimum kerusi yang boleh.

“Bagi 17 DUN BN, saya beri kepercayaan kepada kepimpinan ketua bahagian untuk mengatur strategi mengekalkan kemenangan,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato’ Jailani Johari; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi jawatankuasa konvensyen berkenaan, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar dan barisan kepimpinan UMNO negeri bersama parti komponen lain.

Sehubungan dengan itu Ahmad Razif berkata BN negeri dalam proses akhir untuk memuktamadkan senarai calonnya pada PRU 14.

Katanya, lebih 90 peratus nama telah dikemukakan kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak manakala selebihnya masih diteliti jika memerlukan perubahaan di saat akhir.

“Saya difahamkan dari segi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas calon sudah selesai dan tidak ada sebarang masalah.

“Cuma ada beberapa tempat yang masih belum dimuktamadkan. Perbincangan akan dilakukan berterusan antara saya dengan Presiden UMNO, timbalannya, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here