Sasar Universiti Malaya berada di ranking 100 terbaik dunia

0
112
Idris Jusoh merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SMK Tengku Bariah hari ini. – Gambar Hasmizi Hamid

Kementerian Pendidikan Tinggi mensasarkan Universiti Malaya (UM) berada di kedudukan 100 universiti terbaik dunia pada tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pemilihan universiti dari Malaysia ini membuktikan sistem pendidikan Malaysia diiktiraf dan berkualiti di peringkat antarabangsa.

Selain itu tiga lagi university iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) pula disasarkan berada di ranking 200 terbaik dalam tempoh beberapa tahun lagi.

‘Universiti Malaya yang meningkat pada 2013 di kedudukan 137, ke 167 pada tahun 2013 dan 114 pada tahun lalu dan kita jangka Universiti Malaya menjadi university pertama di rangkin 100 terbaik dunia inysallah sama ada pada tahun ini atau tahun depan’.

Di peringkat negara Asia Tenggara (Asean) pula 8 universiti terbaik direkodkan di Asean iaiah 5 daripadanya adalah dari Malaysia’.

‘UniversitI penyelidik kita iaitu USM, UKM, UPM, UM dan UTM adalah merupakan universitI 1% terbaik di dunia daripada 26,000 universiti seluruh dunia’.

‘Apabila pelajar luar negara melihat kedudukan ranking universitI negara kita dalam dunia mengatakan sIstem pendidikan mempunyai kualtiti dan sebab itulah jumlah pelajar yang datang dari luar negara terus meningkat iaitu 172,000 ketika ini dan dijangka meningkat kepada 200,000 sebelum 2020’

‘Antara perkara penting dalam peningkatkan ranking adalah penerbitan university- universitI tersebut dan apabila kita meningkatkan penyelidikan di universitI jelas ini akan meningkatkan lagi penerbitan dan menyebabkan ranking university kita seluruh dunia’.

‘USM, UKM, UPM, dan UTM insyallah akan menjadi 200 terbaik dunia selepas ini dalam masa beberapa tahun lagi iaitu peningkatkan berterusan Soaring Upwards dalam Kementerian Pendidikan Tinggi sekarang’, katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan SMK Tengku Bariah pagi tadi.

Hadir sama Pegawai Pembangunan DUN Ladang Datuk Mohd Sabri Alwi dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

Tambahnya semua universiti yang terpilih dalam senarai universiti terbaik didunia ini dinilai secara ketat oleh University Of Melbourne dalam semua aspek berdasarkan kualiti yang ada sebelum keputusan pemilihan dibuat . –Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here