#PRU14Terengganu: Proses mengundi berjalan lancar

0
249
Ahmad Razif berbual salah seorang pengundi di SMK Kompleks Seberang Takir.

Proses mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di kebanyakan pusat mengundi negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,secara keseluruhan rakyat keluar mengundi menunjukkan momentum yang baik dan berkeyakinan pengundian yang akan berakhir pada jam 5 petang berlangsung aman.

‘Keseluruhan keluar mengundi alhamdulilah kebanyakan setiap saluran mempunyai tidak kurang 50 orang pada setiap 1 jam, dan jika setiap saluran ada 500 orang 10 jam boleh habis’.

Keseluruhan keluar mengundi seperti diramalkan dan cuaca alhamdulilah sampai ke petang mengikut ramalan cuaca’.

‘Di DUN Seberang Takir tiada isu atau kekecohan dan provokasi dilaporkan dan saya yakin ia berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan cara tebaik’ katanya selepas selesai mengundi di SMK Kompleks Seberang Takir.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas SPR dan pasukan keselamatan PDRM yang bertungkus lumus memastikan hari mengundi berjalan dengan baik.

Mengikut data terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu seramai 736,632 pemilih berdaftar pada pengundian kali ini dan sebanyak 401 pusat mengundi dibuka yang mempunyai 1,433 saluran. – sumber Terengganu.news

Berkaitan – #PRU14Terengganu: Media bersama MB Razif

Berkaitan – #PRU14Terengganu: Foto Rakyat Terengganu mula turun mengundi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here