#PRU14Terengganu: PPBM hantar SOS, rayu pengundi keluar

0
98
Gambar hiasan

PPBM merayu rakyat negara ini yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini supaya keluar secara besar-besaran.

Hantaran di laman Facebook parti itu petang tadi berkata jumlah pengundi masih kurang berbanding dengan pilihan raya umum 2013.

“Semua rakyat Malaysia.

“Kita perlukan angka 85 peratus turun mengundi untuk memastikan BN tumbang!”

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa peratusan keluar mengundi setakat jam 3 petang adalah 69 peratus.

Sementara itu, bekas pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa SPR untuk melanjutkan tempoh pengundian di sebalik jam 5 petang kerana ramai yang berbaris panjang di pusat mengundi.

Mereka mengulas kenytaaan SPR yang menafikan akan ada lanjutan masa dalam jawapan kepada soalan dari wartawan Astro Awani.

“Sebenarnya SPR perlu melanjutakan masa hingga 6 petang.

“Saya percaya SPR mempunyai budi bicara kerana setiap orang mempunyai hak perlembagaan untuk mengundi selagi mereka tiba pada jam 5 petang. Sebagai alternatif lanjutkan masa. Ini dibenarkan,” ciap Ambiga di Twitter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here