PRU14: BN akan tetap lawan sesiapa sahaja

0
532

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu akan tetap menentang sesiapa sahaja lawan mereka termasuklah PAS pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Ketua Penerangannya, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berkata, walaupun di peringkat pusat ada ura-ura mengatakan bahawa PAS sedia untuk bekerjasama, tetapi sehingga kini belum ada sebarang kata sepakat dicapai.

“Setakat yang saya tahu lawan saya nanti (jika menjadi calon) ialah parti PAS jadi lawan tetap lawan,” katanya dalam sidang media sempena Konvensyen BN Terengganu 2018.

Konvensyen dua hari itu akan dirasmikan Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini, esok.

Wan Abdul Hakim tidak menolak kemungkinan akan ada pertembungan tiga penjuru melibatkan parti-parti dari Pakatan Harapan dan BN Terengganu tetap bersedia walaupun terpaksa bertanding empat penjuru sekalipun.

“Apa yang penting, kita akan letakkan calon terbaik yang disukai rakyat tidak semestinya dia memiliki jawatan yang tinggi dalam parti kerana sejarah telah membuktikannya sebelum ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here