Perlawanan Terengganu FC – JDT jadi tumpuan ramai

0
357
Irfan Bakti bakal menyenaraikan barisan terbaik hadapi JDT Sabtu ini. – Gambar FMLLP

Perlawanan tumpuan ramai di antara Terengganu Football Club (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Sabtu ini dijangka ‘Full House’ selepas ramai yang tidak sabar turun menyaksikan aksi dua pasukan teratas Liga Super itu.

Sudah kedengaran penyokong akan memberi sokongan dan memenuhi setiap ruang stadium keramat yang boleh menampung maksimum sehingga 10,000 penyokong itu.

Sementara itu tiket online perlawanan ini bagaikan goreng pisang panas dan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat bola sepak negeri ini dan diberitakan sudah habis dijual oleh penyedia tiket online Liga Malaysia Stubapp.

Tiket online ‘sold out’.

Para penyokong berharap pengagihan tiket dilakukan secara adil dan saksama bagi mengelak insiden tiket ketidakpuashatian penyokong seperti yang berlaku dalam beberapa perlawanan berprofil tinggi musim lalu.

Bagi penyokong Peteh, perlawanan ini akan menjadi penanda aras kepada TFC selepas cemerlang mengekalkan rekod tanpa kalah di saingan liga dan sudah pasti mahu mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Tiga perlawanan terakhir mengalahkan Selangor 4-1 dan Negeri Sembilan di Liga Super serta menewaskan PJ Rangers di saingan Piala FA menjadi motivasi kepada anak buah Irfan Bakti Abu Salim melayan kunjungan pasukan bintang JDT.

Namun begitu Skuad Penyu mungkin menghadapi tugas berat berdepan Harimau Selatan yang juga juara liga empat musim berturut-turut dan mempunyai rekod kemenangan yang lebih baik dalam pertemuan kedua-dua pasukan sejak 2014.

Kerajinan Lee Tuck, kelincahan Mesin Gol TFC Kipre Tchetche dan rakan-rakan amat diharapkan dalam menggempur kubu pelawat yang dibarisi sebahagian besar pemain kebangsaan.

Penyokong mahu pemain TFC tidak mengambil sikap memandang mudah terhadap pemain lawan dan memberi fokus penuh 100% dengan semangat juang tinggi dalam misi mencari kemenangan.

Selamat berjuang kepada Pahlawan Penyu! Sabtu ni kita mesti menang! Terengganu Molek Doh!

Sumber Terengganu.news

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here