PAU2017: Ucapan Pergulungan Presiden UMNO Tampil Kelainan – MB Razif

0
210
MB Razif bercakap kepada pemberita d Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC. Gambar Hasmizi Ab Hamid 

Ucapan pergulungan yang disampaikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) disifatkan sebagai menampilkan kelainan berbanding pada sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, semangat yang dilontarkan oleh Perdana Menteri jelas memberi satu semangat luar biasa kepada semua perwakilan.

Tambahnya, apabila perwakilan pulang ke kawasan masing-masing akan membawa ‘aura’ baharu untuk persediaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada awal tahun hadapan.

‘Mesyuarat Perwakilan UMNO 2017 di setiap sayap-sayap parti di PAU 2017 amat hebat sekali yang menyentuh dan memberi suntikan besar kepada pejuang UMNO dan ucapan pergulungan daripada YAB Presiden saya nampak kelainan dan satu semangat yang saya tak pernah lihat sebelum ini’.

‘Saya yakin dan percaya dengan kesungguhan yang ditunjuk oleh semua perwakilan, respon dan reaksi dari perwakilan-perwakilan’.

‘Saya nampak tiada masalah dalam UMNO kerana segala permasalahan sebelum ini sudah selesai dan pemilihan kepimpinan (jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan)
sudah tidak timbul’ katanya ketika diminta mengulas mengenai Ucapan Penggulungan Presiden petang ini.

Tegasnya semua pihak di semua peringkat harus menerima semua pandangan dan nasihat yang diberikan oleh Datuk Seri Najib.

‘Apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah kita kena akur dan menerima segala nasihat dan juga hasrat YAB Presiden dan semua kepimpinan dalam UMNO Malaysia kita harus memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRU akan datang’.

‘Insyaallah dengan suntikan semangat yang telah diberi kepada kami semua dan kami akan balik membuat persiapan lebih baik untuk memastikan PRU nanti memihak kepada kami’, tambahnya. – www.Terengganu.News

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here