#PAU2017: Calon PRU14 hanya yang boleh menang sahaja

0
175

PERINGATAN Presiden UMNO Dato’Seri Mohd NajibTun Abdul Razak kepada ahli UMNO seluruhnya mempunyai perasaan cinta, sayang kepada parti dan mengatasi semua perbalahan termasuk isu pemilihan calon.

Beliau mengingatkan perwakilan bahawa calon PRU14 bukan mengikut hati, sebaliknya adalah kehendak dan kepentingan parti.

‘Jadi calon tak jadi calon… bukan terletak pada hati… tetapi pada parti. Kalau saya suka tapi parti kata tak boleh, saya kena tolak’

‘Kita perlu terima keputusan itu, memilih calon yang boleh membawa kemenangan kepada parti’, katanya dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Beliau juga mahu perwakilan menyelesaikan masalah kepimpinan diperingkat bahagian masing-masing.

Katanya, beliau tahu setiap bahagian yang bermasalah. Ada yang sampai tidak bertegur sapa. Tapi tolong selesaikan dalam semangat kekeluargaan UMNO.

Najib mengingatkan perwakilan dan pucuk pimpinan bahagian-bahagian telah pun menyelesaikan semua masalah dan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 (PRU14).

‘Kita sudah settle semuanya. Tidak ada masalah kepimpinan. No 1, 2 dan 3 telah pun selesai dan tiada lagi bantahan’, katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here