Nanas MD2 Bakal Memberi Pulangan Lumayan Kepada Pengusaha

0
881

BESUT – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menawarkan bantuan anak benih nanas MD2 kepada  pengusaha yang berminat di negeri Terengganu bagi meraih pulangan lumayan memandangkan ianya veriati baru nanas hybrid memiliki lebih kemanisan dan kualiti premium

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata,selain mempromosikan nanas MD2,  projek tersebut bertujuan memperluaskan lagi  pasaran pengeluaran hasil pertanian itu ke peringkat yang lebih global kerana permintaan nanas begitu mendapat sambutan.

Katanya,nanas MD2 dipilih kerana ia berkualiti premium selain teksturnya yang rangup dan lebih manis dan kanak-kanak juga lebih menggemari rasa nanas MD2 berbanding nanas-nanas  yang lain.

“LPNM menawarkan subsidi bantuan benih nanas MD2 kepada pengusaha-pengusaha yang mempunyai tanah kepunyaan mereka sendiri.

“saya tengok di Besut ni potensinya  sangat baik,dulunya rakyat di Besut ini pengusaha tanaman tembakau yang mana industry tembakau hari ni dah tak wujud lagi di daerah ini maka tanah-tanah mereka ini boleh di ganti dengan tanaman nanas hanya perlu sedikit pengubahsuaian dari segi tanah itu sendiri dan insyallah nanas ini akan jadi  sumber kekeyaan baru kepada rakyat.

“Projek ini telah dimulakan di daerah Kemaman, Setiu serta Marang dan ia akan diperluas sehingga ke Besut’.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita pada program Tuaian dan Promosi Nanas MD2 di Kampung Batu Tumbuh, Kampung Raja dekat sini , semalam.

Turut hadir, Pengarah LPNM Terengganu, Imraan Fahmi Tajul Arifin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here