Muay Thai Antarabangsa Terengganu 2018 tampil pemenang emas Sukan SEA

0
79

KUALA TERENGGANU – Kelab Muay Thai Kampung Kubang Jela (KMTKJ) sekali lagi akan menganjurkan kejohanan Muay Thai Antarabangsa Terengganu 2018 yang bakal diadakan di Stadium Negeri, Jumaat ini.

Pengerusi KMTKJ, Mohd Azmi Deraman berkata kejohanan yang bermula 8 malam itu dianjurkan dengan kerjasama Polis Kontinjen Terengganu, Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu, dan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

“Berbanding kejohanan yang sama pada Januari, kejohanan kali ini menampilkan peninju yang lebih berkualiti antaranya pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Mohd Ali Yaakob dan beberapa peniju handalan dari Thailand.

“Malah, pentas persembahan juga lebih hebat dengan sistem pencahayaan setaraf kejohanan antarabangsa,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd Azmi berkata, kejohanan kali kedua ini akan menampilkan tujuh regu dari dalam da luar negara yang akan bertanding dalam lima kategori Super Fight International, Super Fight Local dan remaja.

“Hadiah yang ditawarkan termasuklah wang tunai berjumlah RM30,000, piala pusingan dan tali pinggang kejohanan.

“Manakala tiket masuk ditetapkan pada harga RM16 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak,” katanya.

Azmi Deraman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here