MoU Golden Pharos-FRIM hasil pelbagai kesan positif

0
102
Ahmad Razif menyaksikan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Wisma Darul Iman hari ini. – Gambar Takir Ibrahim

Kerjasama antara Golden Pharos Berhad (GPB) dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan memberi banyak kesan positif terutama bagi pemuliharaan ekosistem di negeri ini.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selain itu ia juga satu pusat kajian yang akan dianggotai oleh wakil kedua-dua syarikat bagi mengkaji bidang yang melibatkan industri perkayuan.

‘Golden Pharos and FRIM perjanjian satu titik permulaan untuk kita laksanakan ini perlu dokementasi dan pengelasan dan secara tidak langsung mempertingkatkan hasil Golden Pharos’.

‘Kerjasama ini boleh mengadakan satu R&D berkait dengan perhutanan terutama kita nak sustanainble spesis- spesis perhutanan dan memastikan spesis-spesis flora dapat dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang dan kita bersetuju membina satu pusat research di Kenyir tentang flora ini untuk kita mendapatkan apakah kaedah untuk boleh dilaksanakan untuk kita kekalkan ekosistem’.

‘Kita juga nak menjalinkan kerjasama untuk kenal pasti pokok- pokok yang ditanam di kawasan bandar atau PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) untuk dilihat proses pokok ini berapa lama boleh bertahan supaya kita dapat buat pencegahan kerana kita tidak mahu tragedi pokok tumbang di Batu Rakit sebelum ini akan berulang lagi’.

‘Akan berkerjasama dengan FRIM untuk buat kajian dan analisis pokok yang membahayakan yang boleh diambil tindakan untuk tebang atau ganti kita juga akan mendapatkan cadangan daripada FRIM pokok apa yang sesuai ditanam terutama untuk memastikan ekosistem akan sustain dan juga supaya dapat buat pengindahan di kawasan PBT’.

‘Konsep yang kita laksanakan ini pemerkasaan ekonomi bumiputera yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kerana dengan apa yang kita laksanakan ini sudah pasti industri perkayuan akan dapat kita ketengahkan lagi seperti TITC salah satu anak syarikat kerajaan yang melakukan projek perkayuan dapat membantu industri ukiran kayu, kraf atau berkit dengan perkayuan’ katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Anak syarikat kerajaan negeri Golden Pharos Berhad (GPB) dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Wisma Darul Iman hari ini.

Dalam majlis itu  GPB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Nadza Abdul dan FRIM oleh Ketua Pengarahnya Dato’ Abd. Latif Mohmod.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong dan EXCO Kerajaan Negeri Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Pegawai Kewangan Negeri Dato’ A. Rahman Yahya.

Berkaitan: Golden Pharos jalin kerjasama dengan FRIM

Kerjasama strategik  ini memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi dan berterusan kepada pengusaha perabot bumiputera yang terlibat dalam Program Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS). – sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here