MBKT Akan Cabut Bendera Parti Langgar Arahan

0
101
sumber google

Semua Parti Politik di Terengganu diingatkan supaya tidak menaikkan bendera atau poster di kawasan- kawasan larangan sepanjang musim Pilihan raya umum ke -14 dan mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu( MBKT).

Datuk Bandar, Samiun Salleh berkata, pihaknya telah menurunkan sebanyak 1000 helai bendera dan poster yang ditampal dan dinaikan dikawasan-kawasan larangan minggu lalu.

Katanya, kawasan larangan termasuklah di sekitar jambatan, bulatan dan persimpangan lampu isyarat dan tiang elektrik kerana ianya boleh menghalang pandangan pengguna yang boleh mengakibatkan perkara tidak diingini terjadi.

“Selain itu beberapa jalan utama seperti di Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Kuala Ibai dan laluan ke istana di samping premis-premis kerajaan dan perseorangan adalah tidak dibenarkan.

“mana-mana parti boleh menaikan dan menampal poster atau bendera kempen mereka di jalan dan lorong yang telah dibenarkan dengan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh MBKT.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Selain dari itu, Samiun memberitahu, setiap parti harus memohon permit dan membayar deposit RM50 untuk menaikan bahan kempen di lorong-lorong dan jalan yang telah dibenarkanselaras dengan Undang-Undang kecil Iklan Pilihan Raya 1990 dan merujuk kepada akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Surat perkeliling sudah diedarkan pada semua parti yang akan bertanding di Terengganu,dan ini untuk memaklumkan bahawa pengesahan ini akan bermula selepas pengesahan penamaan calon 28hari bulan ini.

“Ia berkuatkuasa sehingga habis pengiraan undi dan tempoh itu kena buang semua bahan kempen dalam masa 14 hari ,kalau tak buang poster, wang deposit dikira hangus,tambahnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here