MB umum DUN Terengganu dibubarkan untuk PRU14

0
1110

Kuala Terengganu – Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan oleh KDYMM Sultan Terengganu bagi membuka laluan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan.

Pengumuman dibuat di Wisma Darul Iman sejurus beliau mengadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah Chendering jam 10:17 pagi ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, kesemua EXCO-EXCO kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

Langkah yang dibuat oleh Ahmad Razif susulan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu.

Terengganu mempunyai 32 DUN di lapan Parlimen di mana Barisan Nasional (BN) menguasai 17 kerusi manakala Pas 14 kerusi dan PKR satu kerusi. – terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here