MB Razif lancar Manifesto BN Terengganu untuk PRU14

0
843

Pengerusi Barisan Nasinonal (BN) Negeri Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman  telah melancarkan manifesto BN Terengganu bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang bertemakan ‘Masa Hadapan, Kita Bina Bersama’ di di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu hari ini.

Turut bersama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan tempatan negeri Terengganu.

Manifesto tersebut mempunyai Lima Teras Akujanji utama dan 20 Titik Sentuhan (Touch Points) yang bersifat menyeluruh serta meliputi semua lapisan rakyat di negeri ini.

Di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang sangat komited dan beriltizam tinggi dalam memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat dari sekecil-kecil program sehingga sebesar-besar rancangan pembangunan Terengganu yang berpaksikan kepada rakyat.

Antara yang menerima manfaat adalah penduduk bandar dan luar bandar termasuk pelajar, belia, warga emas, usahawan ,orang kurang upaya (OKU), pesara dan wanita.

Lima teras dalam manifesto ini termasuklah Memartabatkan Agama Islam dan Keharmonian Beragama, Meningkatkan Usaha Meringankan Beban Rakyat, Membina generasi TN50 Ke Arah Revolusi Industri 4.0, Memperkasa Pendidikan sebagai asas kecemerlangan sumber manusia dan Menyerlahkan lagi penglibatan aktif golongan wanita dalam pelbagai bidang.

Antara touch point dalam manifesto iaiah mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan, membina 20,000 unit Rumah Mampu Milik, meluaskan rangkaian pengakutan awam dan mewujudkan Sekolah Rendah Imtiaz (Seri).

Selain itu BN Terengganu turut akan mewujudkan Pusat Hemodialisis di setiap daerah, menurunkan bayaran tol LPT2 sebanyak 50% secara berperingkat-peringkat, membina Rumah-rumah PPR di setiap daerah dan membina Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3).

Tidak ketinggalan memperkenalkan Kad  Harga Patut kepada mereka dalam senarai e-kasih, OKU, ibu tunggal dan anak yatim, memperluaskan Program Jualan Sentuhan Rakyat, memastikan peluang pekerjaan dan perniagaan mengutamakan rakyat Terengganu dalam Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)  dan mewujudkan Pusat Tahfiz Darul Iman di setiap daerah.

5 TERAS AKU JANJI BN TERENGGANU

MASA HADAPAN, KITA BINA BERSAMA

  1. Memartabatkan AGAMA ISLAM dan KEHARMONIAN BERAGAMA
  2. Meningkatkan usaha MERINGANKAN BEBAN RAKYAT
  3. Membina generasi TN50 KE ARAH REVOLUSI INDUSTRI 4.0
  4. Memperkasa PENDIDIKAN sebagai asas kecermelangan sumber manusia
  5. Menyerlahkan lagi penglibatan aktif golongan WANITA dalam pelbagai bidang

 20 TOUCH POINTS

MANIFESTO TAMBAHAN BARISAN NASIONAL TERENGGANU

  1. Mewujudkan 40,000 PELUANG PEKERJAAN
  2. Membina tambahan 20,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK
  3. Mewujudkan ONESTOP CENTER (JOBSTERENGGANU)
  4. Mewujudkan PELAN STRATEGIK REVOLUSI INDUSTRI 4.0 untuk generasi TN50
  5. Menjadikan SUKAN BERMOTOR DAN E-SPORTS sukan berimpak tinggi
  6. Mewujudkan PUSAT PEMINDAHAN BANJIR BERSEPADU (P2B) disetiap daerah
  7. Meluaskan RANGKAIAN PENGANGKUTAN AWAM di kawasan tumpuan ramai
  8. Mewujudkan SEKOLAH RENDAH IMTIAZ (SERI)
  9. Mewujudkan PUSAT HEMODIALISIS di setiap daerah
  10. MENURUNKAN BAYARAN TOL LPT 2 sebanyak 50% secara berperingkat
  11. MEMBINA RUMAH-RUMAH PPR disetiap daerah
  12. MENUKAR STATUS RUMAH PPR daripada SEWA kepada SEWA BELI
  13. MEMBINA LPT 3
  14. Memperluaskan BANTUAN PROGRAM TARANSFORMASI GERAI untuk penjaja kecil dan usahawan mikro
  15. Memperkasa PUSAT PENGAJIAN AGAMA HARIAN untuk golongan dewasa di setiap daerah
  16. Memperkenalkan KAD HARGA PATUT kepada mereka dalam SENARAI E-KASIH, OKU, IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM
  17. Memperluaskan PROGRAM JUALAN SENTUHAN RAKYAT ke semua daerah
  18. Memastikan peluang pekerjaan & perniagaan mengutamakan rakyat TERENGGANU dalam PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL)
  19. Meningkatkan PENGLIBATAN GOLONGAN WANITA yang berkelayakan dalam pentadbiran Kerajaan dan GLC
  20. Mewujudkan PUSAT TAHFIZ DARUL IMAN di setiap daerah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here