MB Razif ‘Flag Off’ KT City Fun Run pagi ini

0
236
Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman melepaskan peserta larian KT City Fun Run Kuala Terengganu pagi ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 4,000 orang peserta daripada seluruh negeri hadir memeriahkan KT City Fun Run 4 KM” mengelilingi Bandaraya Kuala Terengganu di sini pagi ini.

Program larian edisi pertama itu telah disempurnakan ”Flag Off’ oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada jam 8.00 pagi di Pulau Warisan, Kampung Cina.

Sebanyak RM 21, 660 ribu yuran penyertaan telah berjaya dikumpulkan, RM 13,340 turut disumbang oleh Yayasan Prihatin dan jumlah terkumpul RM 35,000 yang mana diserahkan kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Kuala Terengganu.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Zainal Abidin Hussin(Pengurusan), Dato’ Toh Chin Yaw Pengerusi MCA Negeri Terengganu, Rozalina Mokhtar Pegawai Pembagunan Kuala Terengganu, Toh Seng Cheng Setiausaha MCA Terengganu dan Maslan Mohamad Pegawai Penyelaras Dun Bandar.

Menurut Armi Irzan Mohd Pengarah program berkata, program yang dianjurkan julung-julung kali ini sebagai inisiatif untuk mengumpul dana kepada tabung PIBG sekitar Kuala Terengganu.

“Alhamdulillah…. pagi ini kita dapat kumpulkan seramai 4,000 orang peserta dari seluruh negara”

“Dengan berkonsepkan larian amal bersama keluarga, ianya dapat sambutan yang sangat menggalakan dan inysa Allah… kita berhasrat akan menjadikan ia sebagai acara tahunan” katanya kepada Terengganu Times pagi ini.

Selain itu larian amal ini juaga dianjuran Belia 4B, Pertubuhan Kelab Belia Malaysia (MAYC ), Young Malaysian Movement (YMM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa ) Terengganu itu bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah terpilih di daerah ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here