Manfaat Cukai Untuk Warga Asing Bekerja Di Malaysia

0
75

Aspek percukaian perlu diambil kira bagi memberikan ruang kepada pembayar cukai menikmati manfaat yang diperolehi dari pendapatan yang diperolehi baik untuk warganegara Malaysia khususnya tetapi juga warganegara luar yang memperolehi pendapatan semasa berada di Malaysia.

Walaubagaimana pun manfaat percukaian untuk bukan warganegara Malaysia terhadap individu, syarikat atau badan amanah adalah tertakluk kepada syarat pengesahan sebagai pemastautin di Malaysia.

Syarat yang diperlukan adalah Sijil Taraf Mastautin (STM) yang akan dikeluarkan untuk mengesahkan bahawa pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia bagi tujuan percukaian.

Memandangkan Malaysia telah mempunyai rangkaian Perjanjian Pengelakkan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) dengan beberapa Negara Pejanji, dengan adanya STM ini, pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia layak menuntut manfaat di bawah PPPDK, dan bagi mengelak dikenakan cukai dua kali bagi pendapatan yang sama.

Sebagai contoh, salah satu syarat untuk kelayakan sebagai pemastautin individu, seperti berada di Malaysia untuk sejumlah masa yang terkumpul sebanyak 182 hari atau lebih dalam tahun kalendar yang sama.

Walaubagaimana pun, syarat-syarat lain juga ada bagi pemastautin individu sekiranya jumlah hari berada di Malaysia adalah kurang seperti yang dinyatakan di atas. Kes-kes tertentu boleh dirujuk secara langsung kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Permohonan secara manual untuk STM ini boleh dilakukan dengan mengemukakan borang permohonan secara langsung ke mana-mana Cawangan LHDNM.

Bagi kes-kes tertentu khas untuk negara Arab Saudi, Indonesia, Perancis, Singapura dan Switzerland boleh dibuat dengan melengkapkan borang khas yang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Negara berkenaan.

Selain dari kaedah pendaftaran secara manual untuk permohonan STM, selaras dengan teknologi semasa, permohonan juga boleh dilakukan melalui sistem e-Residence di link ini http://eresidence.hasil.gov.my/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here