LTdL 2018: Pelumba kelahiran Malaysia raih podium ketiga

0
784
Perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu hari ini. – Gambar Hasmizi Ab Hamid

Pelumba kelahiran Pasir Puteh Kelantan Nik Mohd. Azwan Zulkiflie daripada pasukan Forca Amskins Racing (FAR) membuat kejutan apabila menduduki podium ketiga dalam perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu.

Nik Mohd yang merupakan anggota Polis DiRaja Malaysia menamatkan kayuhan sejauh 166 kilometer dengan catatan masa 3 jam 58 minit 31 saat.

Lebih membanggakan beliau turut berjaya meraih jersi putih iaiti pelumba terbaik Asia selepas merekod masa keseluruhan 12:45.45s.

Beliau yang ditemui mengucapkan rasa syukur dan berpuas hati dengan pencapaian ini yang merupakan podium pertama pelumba 28 tahun itu dalam lima penampilan di LTdL.

Juara peringkat ketiga hari ini dimenangi oleh pelumba Rally Cycling daripada Kanada Adam De Vos dengan masa 3 jam 58 minit 18 saat manakala Kim Daeyeon (KSPO Bianchi Asia Procycling) di tempat kedua.

Pelumba dari negeri Terengganu yang berada dalam kelompok 10 terbaik iaiah Anuar Manan (FAR) memperoleh tempat kelima dan Hariff Saleh (Terengganu Cycling Team) di kedudukan ketujuh.

Hadiah disampaikan oleh EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat.

Selepas 3 peringkat jersi kuning iaitu pendahulu keseluruhan kekal milik Adam De Vos (Rally Cycling), Jersi hijau (raja pecut) kim Daeyeon (KSPO Bianchi Asia Procycling) dan Jersi polka dot merah (raja bukit) Bernardo Suaza (Manzana Postobon Team). – sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here