Kontraktor disenaraihitamkan jika gagal siapkan projek

0
128
Mesyuarat Agong Persatuan Kontraktor Melayu Terengganu (PKMMT) Kali Ke-42 Tahun 2018 di Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu hari ini. – Gambar Takir Ibrahim

Kerajaan negeri  memberi peringatan kepada kontraktor supaya menyiapkan projek yang diperolehi dan jika gagal berbuat demikian akan disenaraihitamkan.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelbagai kesan negatif akan timbul jika sesuatu projek tidak disiapkan selain menyebabkan kos pembinaan meningkat.

‘Kontraktor yang gagal akan terminat kontrak tersebut dan akan disenaraihitamkan kerana kita pastikan kontraktor perform dan jika projek tertangguh akan memberi kesan seperti kos projek akan meningkat dan memberi masalah kepada kerajaan’.

‘Sementara bagi kontraktor yang berjaya siapkan projek lebih awal akan diberi insentif sebagai motivasi dan juga sebagai galakan kepada kontraktor lain supaya menyiapkan sesuatu projek mengikut jadual’ katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Kontraktor Melayu Terengganu (PKMMT) Kali Ke-42 Tahun 2018 di Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu pagi tadi.

Hadir sama Yang Dipertua PKMM Negeri Terengganu Dato’ Nasir Ibrahim Fikri, EXCO Infrastruktur Awam Negeri Ir. Rosli Othman dan 300 ahli PKMMT dari seluruh daerah Terengganu.

Menurut beliau kerajaan negeri bakal merangka pelbagai projek pembangunan bagi membantu kontraktor bumiputera sekaligus membawa kemajuan kepada negeri dan rakyat.

‘Saya harap pihak PKMMT akan berbincang dengan unit perancang ekonomi untuk membantu kontraktor melayu tempatan melalui pembangunan dan projek yang akan datang’.

‘Projek yang sedang dilaksanakan akan siap mengikut jadual dan tahun depan kita dapat selesaikan semua projek besar dan selepas itu baru kita akan fokus dengan pembinaan projek baharu‘ tambahnya.

Dalam perkembangan lain Ahmad Razif memberitahu senarai calon Barisan Nasional (BN) Terengganu akan diumumkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada tarikh yang akan ditentukan pada masa terdekat. – Sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here