Keluar dengan semangat baru – Hishammuddin

0
58

‘Kita bukan berada dalam zon selesa di Terengganu ini dengan 4 kerusi parlimen dari 8 kerusi dan lebih 2 kerusi dari pembangkang di kerusi dewan undangan negeri, adakah kita selesa dengan keadaan sekarang ini?,’ tanya  Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada jentera Barisan Nasional (BN) Terengganu semalam semasa ucapan perasmian Konvensyen BN Terengganu 2018 di Primula Hotel, Kuala Terengganu.

Naib Presiden UMNO itu berkata dihadapan 1,108 kepimpinan jentera BN seluruh Terengganu dan memberi semangat agar jentera hadapan BN terus komited untuk melipat gandakan usaha bagi memastikan BN Terengganu menang dengan lebih selesa.

Beliau yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pusat berkata, mulai dari pada sekarang ini, jentera yang berada dalam dewan tersebut cukup untuk mengegarkan pakatan pembangkang di Terengganu semasa pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti.

‘kita mesti insaf, sedar, kita bukan keadaan yang selesa, kita sekarang ini berada dalan zon yang betul, kita berada dalam keadaan menghadapi perang, kita menuntut semua jentera bangkit untuk menghadi PRU yang diadakan bila-bila masa lagi’

‘kita mesti mengikut formula yang disediakan parti, gerakan yang tersusun, gerakan yang inkusif, bukan mengikut naluri hati masing-masing dan oleh itu, keluar sahaja dari konvensyen esok, kita bangkit dengan semangat yang luar biasa untuk kemenangan 2 per 3 BN Terengganu nanti’, katanya.

Turut hadir, Pengerusi BN Negeri yang jiga Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Jailani Johari, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

Sebubungan dengan itu beliau berkata lagi, kita dalam satu bahtera, bekerjalah bersama-sama demi mencapai matlamat yang kita impi demi meneruskan perjuangan yang lebih selesa dimasa akan datang.

‘kita mesti keluar dari zon yang tidak selesa ini dengan sokongan semua pihak UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan kita selesaikan semua masalah menjelang PRU nanti’, katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here