Golden Pharos jalin kerjasama dengan FRIM

0
143
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Wisma Darul Iman hari ini. – Gambar Takir Ibrahim

Hari ini anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Berhad (GPB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Wisma Darul Iman bagi mengadakan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk pembekalan bahan mentah khususnya bagi Program Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS).

GPB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Nadza Abdul dan FRIM oleh Ketua Pengarahnya Dato’ Abd. Latif Mohmod.

Majlis disaksikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong dan EXCO Kerajaan Negeri Dato’ Muhammad Pehimi Yusof.

 Ahmad Razif dalam sidang media memberitahu kerjasama ini mempunyai banyak manfaat dan ia selaras dengan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera serta yakin iainya menjadi pemangkin industri perabot bumiputera yang berdaya saing dalam pasaran dalam dan luar negara.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli lembaga pengarah dan pengurusan Kumpulan GPB yang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan prestasi dan hasil syarikat.

Berkaitan: MoU Golden Pharos-FRIM hasil pelbagai kesan positif

Kerjasama strategik ini diadakan bagi menangani masalah kekurangan bekalan bahan mentah yang sering dihadapi oleh pengusaha perabot tempatan yang terlibat dalam Program Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS). – sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here