Festival Perarakan Mazu Bakal Jadi Tarikan  Pelancong Dari  China ke Terengganu

0
244
Menteri Besar bersama masyarakat Cina di Kampung Cina malam tadi. Foto : Harish Fazilah

KUALA TERENGGANU – Festival Perarakan Mazu akan dijadikan daya tarikan baharu seni kebudayaan masyarakat peranakan Cina Terengganu kepada sektor pelancongan negeri ini menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kita sudah membuat persediaan untuk mempromosikan festival ini ke keperingkat antarabangsa.

Katanya,kerana ianya menyingkap sejarah kedatangan pedangan dan pelayar Cina ke Tanah melayu menggunakan laluan laut terutamanya Laut Cina Selatan.

“Kita nak jadikan Kampung Cina ini Sebagai “Tourism Hub” sebagai salah sebuah destinasi yang mesti di lawati bagi pelancong dalam dan luar negara.

“Kita dah arahkan supaya promosi dan persiapan dibuat dari sekarang untuk memperhebatkan lagi sektor ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Festival Perarakan Mazu 2018 di Pulau Warisan semalam.

Sebelum itu, Ahmad Razif sempat melawat dan merasmikan pesta Selera Rasa Terengganu 2018 yang memperkenalkan  “Food Tourism” yang menonjolkan keunikan makanan dan masakan tradisional dari Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here