FELCRA ikrar bangkit semangat pertahan kerajaan Barisan Nasional

0
53
Program Sepetang warga FELCRA Bersama Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di TH Hotel semalam. – Gambar Takir Ibrahim

FELCRA berikrar akan terus membangkitkan semangat untuk mempertahankan kepimpinan dan kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keadaan terbukti hanya kerajaan pimpinan BN yang menjaga kebajikan dan boleh diharapkan untuk kesejahteraan masa depan rakyat.

‘FELCRA akan terus berikan peranan membangkit semangat membantu mempertahankan apa jua yang perlu kita pertahankan kerajaan negeri kerajaan persekutuan kerana ini penting sebab kita melihat hanya BN dan UMNO yang boleh membentuk masyarakat Malaysia yang boleh transform pada masa akan datang’.

Sebab kita bukan hanya fikrkan isu pilihan raya tetapi juga isu selepas PRU 30 50 tahun kerana Umno ini parti yang lama tetapi kita boleh pertahankan sebab kita sentiasa transformasikan dan meremajakan perjuangan Umno untuk generasi akan datang’ katanya selepas Program Sepetang Bersama Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di TH Hotel petang semalam.

Hadir sama EXCO Kerajaan Negeri YB Nawi Mohammad dan YB Muhammad Pehimi Yusof serta Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad Datuk Zulkarnain Md. Eusope.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Ahmad Razif yang sudi bersama warga FELCRA dan yakin dengan kepimpinan BN Terengganu akan meraih keputusan cemerlang dalam PRU akan datang.

Dalam perkembangan lain Bung mahu semua kakitangan FELCRA melakukan transformasi dalam menjana pendapatan untuk warga agensi itu.

‘Kita warga FELCRA ni kena ada perubahan transformasi minda warga FELCRA walaupun bukan mudah seperti yang blaku di Taiwan mereka transformkan teknologi dan masyarakat iaitu satu hektar tanah dapat hasilkan RM10 juta’.

‘Jadi kita nak ikut pembangunan transformasi seperti ini dan kita telah mula buat R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) macam mana satu hektar tanah di bumi Malaysia boleh mendapat pulangan RM10 juta dan tiada yang mustahil dan ia berlaku di Taiwan Jepun Korea’.

‘Ia belum dibuat dibuat kerana tembikai kita keluar 4 5 kilo sahaja tetapi di negara luar hasilkan 100 kilo dan bayangkan jika kita keluarkan tembikai 100 kilo dan satu hektar keluarkan sebiji tembikai yang beratnya 100 kilo dan jika 100 biji dah 1,000 kilo sekaligus tambah pendapatan ahli FELCRA’, tambahnya. – sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here