Enduro Championship 2018 tarik penyertaan di luar jangkaan

0
826

Kejohanan Motocross Enduro Bukit Besi 2018 (Enduro Championship 2018) menerima penyertaan di luar jangkaan walaupun baru kali pertama ia diadakan.

ADUN Bukit Besi, Roslee Daud selaku penganjur kejohanan berkata, seramai lebih 50 orang peserta dari dalam dan luar negara telah mendaftar dalam kejohanan yang diadakan di Bukit Besi Rainforest Endurance Park.

“Kita jangkakan penyertaan sekitar 200 orang sahaja tetapi sehingga hari ini sudah lebih 250 orang yang mendaftar termasuklah jaguh motocross dari Australia, Chris Movic.

“Jumlah ini adalah di luar jangkaan dan penganjuran kali pertama ini merupakan satu kejayaan kepada DUN Bukit Besi,” katanya.

Roslee berkata, sejak kebelakangan ini pelbagai aktiviti telah dijalankan di Bukit Besi bagi menaikkan kembali namanya yang satu ketika terkenal sebagai lombong bijih besi tersohor di dunia.

“Sejak lombong bijih besi ditutup, nama Bukit Besi semakin hilang walaupun suatu ketika ianya dikenali di seluruh dunia.

“Jadi kita harap dengan penganjuran kejohanan ini dan pelbagai aktiviti-akviti lain di sini dapat menaikkan kembali nama Bukit Besi seperti dahulu,” katanya.

Kejohanan Motocross Enduro Bukit Besi 2018 anjuran DUN Bukit Besi dengan kerjasama Alam Perkasa Sdn. Bhd berlangsung selama dua hari bermula semalam dan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here