Ekspo Terengganu 2018 dilanjutkan sehingga esok

0
377

KUALA NERUS – Waktu pameran Ekspo Terengganu 2018 yang sepatutnya berakhir 10 malam ini akan dilanjutkan sehingga 6 petang Ahad.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat di negeri ini untuk mengunjungi ekspo terbesar yang pernah dianjurkan itu.

“Sehingga semalam, ekspo ini telah menerima lebih daripada 420,000 pengunjung dari seluruh Terengganu sekaligus mencapai target yang kita sasarkan iaitu 400,000.

“Jadi, saya ingin umumkan yang ekspo Terengganu akan dilanjutkan sehingga 6 petang esok supaya lebih ramai rakyat datang melihat sendiri kemajuan dan pembangunana di negeri ini, katanya pada majlis penutup Ekspo Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Gong Badak, di sini sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here