Dean Hancock Bakal Pertahankan Kejuaraan Di Kapas – Marang International Swimathon 2018

0
256
Dean Hancock

KUALA TERENGGANU (12 April 2018) –Teruja  dengan kejayaannya merangkul Juara Keseluruhan di Kapas-Marang International Swimathon 2017, Dean Hancock dari Australia akan kembali beraksi bagi mempertahankan kejuaraan di kejohanan renang ekstrim 6.5km dari Pulau Kapas ke Pantai Peranginan Kelulut pada 22 April, 2018 nanti.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata,  berkata seramai 650 dalam dan luar negara telah mengesahkan penyertaan pada tahun ini menjadikan Kapas-Marang International Swimathon 2018 antara acara sukan pelancongan terunggul.

Menurutnya, ia bagi memperkenalkan daerah Marang khususnya dan Negeri Terengganu amnya sebagai bukan sahaja destinasi pelancongan terbaik, malah bersesuaian untuk penganjuran acara-acara sukan ektrim air.

“Kita  bakal menyenaraikan acara ini di dalam Kalendar Pelancongan 2020 bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang sudah pasti  bakal memberi impak promosi  yang lebih tinggi di persada antarabangsa.”

“Saya difahamkan terdapat ramai perenang luar negara yang menjadikan penyertaan mereka sebagai batu loncatan untuk  menghabiskan cuti mereka di Negeri Terengganu.

“Ada yang telah membuat penempahan di PulauRedang dan di Kuala Terengganu di samping ada yang meneruskan percutian mereka di PulauKapas setelah  selesai kejohanan tersebut,”katanya.

selain dari itu , menurut Tun Ahmad Faisal  “AcaraKapas-Marang International Swimathon 2018” ini adalah acara kemuncak kepada Ekspo Pembangunan Daerah Marang yang akan diadakan pada17 – 22 April 2018 bertempat di lokasi penamat acara Swimathon di Pantai Peranginan Kelulut, Seberang Marang.

Sama-samalah kita saksikan kehebatan perenang menguji keupayaan fizikal dan  minda dalam mengharungi 6.5km renangan laut terbuka dari Pulau Kapas ke Pantai Peranginan Kelulut pada 22 April 2018 nanti.”tambahnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here