Dana Sekolah Sesi 2018 Dun Wakaf Mempelam mula diagihkan hari ini

0
189

Seramai 1936 ketua isi rumah (KIR) yang berpendapatan rendah menerima agihan duit dana pakaian sekolah bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelan hari ini yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Terengganu.

Pengagihan ini melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM 308,200 ribu yang mana mengikut permohonan yang diterima setakat ini.

Pegawai Penyelaras Dun Wakaf Mempelam Salleh Othman menyampaikan dana bantuan persekolahan sesi 2018

Pegawai Penyelaras Dun Wakaf Mempelam Salleh Othman mewakili pihak kerajaan BN negeri Terengganu telah menyampaikan kepada semua penerima yang mana program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Agensi Transformasi Rakyat Negeri Terengganu (ATRA).

Kerajaan BN Negeri Terengganu memperuntutkan RM 14 juta bagi bantuan dana pakaian sekolah sesi 2018 ini dan telah dilaksanakan seluruh negeri Terengganu pada minggu ini.

Peruntutkan setiap tahun itu bermula pada tahun 2004 hingga kini dan akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang bagi meringankan beban ibu bapa dan penjaga menyediakan kelengkap sekolah anak-anak.

Kerajaan negeri bersetuju untuk meneruskan bantuan kewa­ngan sebanyak RM100 ini kepada keluarga berpendapatan RM2,500 ke bawah berbanding RM2,000 sebelum ini dengan maksimum dua pelajar setiap keluarga agar lebih ramai berpe­luang mendapatkannya.

Kali ini kerajaan negeri memperkenalkan kaedah per­­mohonan bantuan secara dalam talian bagi memudahkan ibu bapa apabila hanya perlu membuat pendaftaran di portal rasmi, http://danattb.terengganu.gov.my,.

   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here