Dana Raya: Kerajaan Terengganu hargai jasa anggota keselamatan

0
485

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan memberi Dana Raya kepada 5,000 anggota keselamatan di negeri ini tanpa mengira pangkat bermula tahun ini.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan dalam memastikan keamaan di negeri ini sentiasa terpelihara.

Katanya, anggota keselamatan yang sudah berkahwin akan menerima sebanyak RM400 manakala pemberian sebanyak RM200 kepada anggota yang masih bujang.

“Pemberian ini telah diluluskan oleh mesyuarat exco sebelum pembubaran DUN baru-baru ini yang melibatkan lebih 5,000 anggota dengan peruntukan sebanyak RM5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Seri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Dalam majlis itu, Ahmad Razif turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis dan RM50,000 setahun kepada Persatuan Keluarga Polis Negeri Terengganu (PERKEP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here