Chicken Cottage : Cawangan Ke 105 seluruh dunia dan ke 2 di Malaysia

0
767

Kuala Lumpur : Rangkaian makanan Halal Chicken Cottage Malaysia yang akan membuka satu lagi cawangan baru dan yang ke 2 di Malaysia di Taman Tun Dr. Ismail disini.

Cawangan itu dijangkan memulakan operasinya pada 28 mac ini dimana kerja-kerja persiapan dan dekorasi ‘Outlet’ terbaru itu kini dalam proses akhir.

Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman melawat kerja-kerja akhir persiapan pembukaan cawangan itu petang ini bagi memastikan semua proses berjalan lancar.

Chicken Cottage (M) Sdn Bhd milik TI Global Food Holdings Ltd, anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), menyasarkan untuk membuka sebanyak 350 cawangan restoran itu di serata dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Malah, TI Global Food sebagai pemegang jenama makanan segera Chicken Cottage, kini dalam proses menembusi pasaran India, China dan Asia Tenggara dan diikuti pembukaan cawangan baharu di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Qatar, Oman, Arab Saudi dan Bahrain.

Sebelum ini,pada bulan disember 2017 lalu,  ‘Chicken Cottage’ telah membuka cawangan yang ke 104 di negara Nigeria dan  secara rasminya di Abuja.

Kini syarikat yang beroperasi di Wembley, London pada 1994 dan mengendalikan 105 cawangan di serata dunia, melancarkan cawangan terbaharunya di Kuala Lumpur hujung bulan ini.

Cawangan ke-105 di Taman Tun Dr. Ismail itu menampilkan konsep yang sama dengan cawangan di Kuala Terengganu yang sedia ada.

Selain memeriahkan lagi industri makanan segera di negara ini, Chicken Cottage menyediakan peluang pekerjaan untuk anak tempatan kerana seramai 30 hingga 50 orang pekerja diperlukan di setiap cawangan.

Sebelum ini juga, pada 22 Januari lalu Syarikat makanan segera Chicken Cottage Ltd (CCL) melalui Terengganu Inc telah menandatangani Deed of Novation dan Deed of Variation dengan Knights Enterprise FZ LLC (Knight Enterprise) yang merupakan kesinambungan daripada perjanjian Master Developer’s Agreement yang dilakukan pada 2015 iaitu menerokai pasaran di negara Arab Timur Tengah.

Dalam majlis itu CCL diwakili oleh YB. Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Encik Lim Nasrul Halim manakala Knights Enterprise  pula diwakili oleh Mr. Naveed Dowlatshahi dan Mr. Farzad Mohebali.

Hasil kerjasama yang dibuat pihak Knight Enterprise akan membuka Outlet Korporat di Dubai yang pertama pada tahun ini.

Dua lokasi yang dikenal pasti iaiah di Jumeirah Beach Road dan Burj Al Arab yang merupakan lokasi strategik untuk pasaran Chicken Cottage.

Selain itu, Knights Enterprise juga mensasarkan untuk membuka dua outlet di Arah Saudi iaitu di Riyadh dan Jeddah  pada tahun 2018.

Hasil sokongan dan kepakaran CCL, Knight Enterprise meletakkan sasaran membuka sebanyak 40 outlet di rantau negara Arab dalam masa lima tahun.

Perjanjian ini dijangka memberi pulangan tinggi kepada CCL kerana akan memperkenalkan dan mengukuhkan lagi jenama Chicken Cottage di Timur Tengah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here