Chicken Cottage Buka Outlet Kedua Di Malaysia

0
464
Foto : Hasmizi Hamid

Restoran¬† makanan segera Chicken Cottage melebarkan pasaran sebagai Global Brand yang menyediakan ” Halal Food Products” membuka outlet ke 90 di dunia dan yang ke dua di Malaysia.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dalam jangkaan masa 5 tahun, Chicken Cottage target membuka lebih dari 250 outlet di seluruh dunia dan 50 daripadanya akan berfokus di Asia Tenggara.

“Di Dubai 5 outlet dijangka akan dibuka pada tahun ini, kemudian di Nigeria akan tambah lagi outlet dan dibeberapa lagi negara lain termasuk Pakistan dan sebagainya.

“Selepas ini kita akan beri tumpuan kepada¬† Malaysia , Singapura, Thailand dan termasuk negara-negara yang berhampiran¬† seperti China dan India.

“Untuk tahun ini kita juga akan buka di Spain kerana konsep kerajaan negeri Terengganu asasnya kepada konsep ‘Halal Toyyiban’ dan kita nak pastikan bahawa jenama Chicken Cottage ini adalah halal walaupun dibuka di mana-mana negara.

“Ini akan memudahkan orang Islam dan yang ke dua kita tiada masalah kepada yang bukan Islam kerana mereka tahu dalam konsep halal ini makanannya adalah bersih.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan outlet Chicken Cottage Lembah Klang di Jalan Tun Fuad 1, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Speker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Ketua pegawai Eksekutif kumpulan Terengganu Inc ,Dr Wan Ahmad Rudiman Wan Razak dan pegawai-pegawai kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here