Cawangan Chicken Cottage Kedua Beroperasi Di Lembah Klang Esok

0
1328


Restoran makanan segera Chicken Cottage bakal membuka cawangan kedua di Malaysia  esok.

Majlis pembukaan cawangan kedua itu di Taman Tun Dr Ismail, Lembah Klang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Chicken Cottage diselia oleh Terengganu Incorporated Sdn Bhd salah satu anak syarikat GLC dibawah kerajaan negeri Terengganu.

Cawangan pertama restoran makanan segera halal ini beroperasi di Terengganu pada tahun 2015 dan sudah mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia antaranya  di Unitrd Kingdom, Pakistan, Algeria, Perancis , Dubai, Slovakia, Afrika selatan, Libya , Sweden, Itali dan Iraq.

Dijangka lebih 2000 pengunjung bakal hadir esok, majlis akan bermula dari 11.00 pagi sehingga 2.00 petang akan dihidangkan dengan Chicken Cottage percuma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here