BN Terengganu vs PAS Kelantan

0
912

Minggu ini tular poster yang memaparkan dua perbezaan antara negeri Terengganu dan Kelantan diletakan dalam media sosial yang bertujuan merendahkan taraf negeri Terengganu.

Poster ini sengaja direka oleh pihak berkepentingan politik menjelang PRU14 walhal faktanya adalah salah dan tidak berasas sama sekali.

Pertama kuasa beli kita (Terengganu) rendah kerana hanya ada 5 Hypermarket sahaja dan Kelantan ada 17 buah adalah salah kerana sebenarnya penanda aras kepada tahap kuasa beli oleh rakyat sesebuah negeri BUKAN terletak pada jumlah Hypermarket yang dibuka. Di Terengganu semua itu bukan menjadi masalah kerana selagi kuasa beli masih tinggi selagi itulah mana-mana Hypermarket di Terengganu tidak pernah suram berbanding dengan Kelantan yang “hidup segan, mati tak mahu.” Malah jika dibandingkan KDNK per kapita negeri Kelantan setakat tahun 2015 hanyalah RM 12,075 berbanding dengan Terengganu yang mencatatkan KDNK sebanyak 26, 529. Jika dicongak pun masih belum hendak sekali gandakan KDNK per kapita Kelantan dengan Terengganu. Maka itulah sebab Billion dan KB Mall sudah menjadi “Mall mati” pada hari ini.

Kedua Pejabat Menteri Besar Kelantan dan SUK Negeri mendapat 99% markah dari Audit Negara. manakala Pejabat Menteri Besar Terengganu mendapat 94.5% adalah tidak tepat kerana sebenarnya rekod cemerlang yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Kelantan adalah disebabkan mereka hanya menguruskan RM69.33 juta sahaja belanja Pembangunan manakala, Kerajaan Negeri Terengganu dan SUK Negeri Terengganu adalah RM574 juta belanja Pembangunan. Maka tidak hairan langsung jika Kerajaan Negeri Kelantan dan SUK Kelantan mendapat markah tertinggi.

Ketiga Kelantan di kedudukan pertama pelajar IPT dan paling ramai Kakitangan Sokongan dan Pengurusan Perkhidmatan Awam sebenarnya idea untuk meramaikan anak Kelantan ke Universiti hingga ke Kakitangan Sokongan dan Pengurusan Perkhidmatan Awam itu adalah usaha daripada MB sebelum zaman Arwah Hj. Nik Aziz memerintah iaitu, Dato’ Mohamed Yaacob.

Di negeri Terengganu setiap tahun prestasi pendidikan sama ada UPSR, PT3,SPM, STPM dan STAM semakin meningkat mengatasi negeri lain di Malaysia dan tidak hairan jumlah mahsiswa anak Terengganu di IPTA dan IPTS bertambah dari tahun ke tahun.

Keemapt KDNK Kelantan adalah 4.8% sebenarnya yang disebutkan adalah Kadar ‘Pertumbuhan’ KDNK Negeri Kelantan bukan KADAR KDNK KELANTAN, untuk pengetahuan semua Kadar KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.9% sahaja menyumbang kepada KDNK Negara pada 2016 dan antara yang paling rendah di Malaysia.

Kelima Bandar Kota Bharu diurus Lebih Baik dari Kuala Terengganu adalah salah kerana Terengganu adalah negeri terbersih di Malaysia berbanding di Kelantan yang mempunyai ladang ternakan biri-biri di Kampung Sireh dan selalu menyusahkan pengguna jalan raya.

Keenam 47 kali Kapal Terbang ,Terengganu 7 kali Kapal Terbang sebenarnya memang jumlah rutin penerbangan di Terengganu tidak serancak seperti di Kelantan tetapi harus diingat bahawa, Lapangan Terbang Sultan Mahmud sahaja di Pantai Timur yang mempunyai ‘direct flight’ terus ke Jeddah setiap kali musim haji. Malah orang Kelantan pun ada yang berlepas dari Kuala Terengganu untuk ke Mekah. Lagipun apa perlunya pengangkutan udara jika sudah ada lebuhraya Pantai Timur untuk ke Kuala Lumpur. Jarak perjalanan pun hanya dalam 4-5 jam sahaja berbanding melalui Gua Musang-Merapoh yang mengambil masa jauh lebih lama, tambahan pula jika musim perayaan. Katalah 47 kali itu disebabkan pelancong asing, apa yang menarik sangat tentang pelancongan di Kelantan? Bangunan lama dan bersejarah pun gagal dijaga inikan pula kata negeri punya tarikan pelancong yang banyak. Atau 47 kali yang dimaksudkan oleh PAS Kelantan itu hanyalah transit pelnacong untuk ke Pulau Perhentian?

Pihak yang mereka poster perlu berhenti menipu orang ramai dan sewajarnya kaji secara mendalam terlebih dahulu sebelum mahu keluarkan apa-apa info kerana jelas fakta yang dinyatakan tidak benar sama sekali yang akhirnya diri sendiri yang dikecam ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here