Bersatupadu formula kemenangan BN – MB Razif

0
158

Formula bersatu padu perlu direalisasikan jika Barisan Nasional (BN) mahu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Terengganu.

Pengerusi BN Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ianya perlu bagi merampas kembali beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen selain mengekalkan kemenangan sedia ada.

Katanya, setiap parti komponen harus bekerja keras dan menggerakkan keseluruhan jentera pilihan raya mulai sekarang.

“Hasrat kita cuma satu, rapatkan hubungan antara pemimpin termasuk parti komponen dan sebagaimana yang berlaku di Dungun tadi.. semangat satu padu yang ditunjukkan oleh Dato’ Din Adam dan dengan kekuatan jentera, saya percaya Dungun akan ulang sejarah untuk kita ambil balik 5-0.

“Begitu juga DUN-DUN lain, yang paling penting semangat jitu bersama formula satu padu, kita akan menang besar PRU14 nanti, “katanya ketika berucap sempena perasmian Konvensyen BN Terengganu, Hotel Primula, Kuala Terengganu, petang tadi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi BN, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Negeri, Dato’ Seri Jailani Johari; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Ahli Majlis Tertinggi BN, Dato’ Seri Ahmad Shabery Chik.

Ahmad Razif turut berkata, konvensyen BN yang julung kali diadakan itu mempunyai satu matlamat iaitu berkumpul dan  bersatu untuk menang besar dalam PRU14 nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here