Bentang pemecah ombak selesaikan isu muara sungai Merchang- MB Samsuri

0
216

MARANG – Kerajaan negeri meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mempercepatkan pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Mercang bagi kemudahan nelayan untuk menjalankan rutin mereka.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap projek bernilai RM43 juta sedang berjalan dapat disiapkan secepat mungkin bagi memudahkan kegiatan harian nelayan di kawasan berkenaan.

“Kerajaan memberi jaminan, nelayan boleh menggunakan laluan ini dalam tempoh terdekat selepas selesai kerja-kerja mendalam sungai.

“Kerja-kerja ini hanya bersifat sementara sebelum pembinaan benteng pemecah ombak dijangka siap dalam tempoh dua tahun,” katanya ketika melawat ke muara Sungai Mercang di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Adun Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dan Pemangku Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A Rahman Yahya.

Ahmad Samsuri, pihaknya ada berbincang dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri, wakil penduduk dan nelayan bagi mencari alternatif serta jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.

“Jalan terbaik adalah membina benteng pemecah ombak bagi mengelak pelbagai kemungkinan berlaku di pesisiran pantai termasuk hakisan pasir dan runtuhan tebing,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here