Bendera gergasi PAS terpaksa diturunkan

0
1139

KUALA TERENGGANU – Belum pun sampai seminggu, bendera PAS yang dipasang di tepi jalan di Batu Burok, di sini terpaksa diturunkan malam tadi.

Menurut sumber, bendera gergasi tersebut diturunkan kerana mendapat bantahan penduduk selain bimbang disaman oleh pihak MBKT, bukan kerana angin kencang seperti yang didakwa seorang penyokong PAS.

Terdahulu, Terengganu News melaporkan bahawa bendera itu mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya kerana diletakkan terlalu hampir dengan jalan raya.

Bagaimanapun, laporan tersebut menyebabkan beberapa penyokong PAS rasa tidak puas hati dan menuduh kami dengki dengan parti mereka.

Baca: Bendera PAS gergasi undang bahaya kepada pengguna jalan raya

Ekoran penurunan bendera PAS itu, ada netizen menyindir kembali penyokong PAS yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat.

“Belom PRU14 dah surrender…tak masuk tanding lagi baguih…”, kata Usop

“Kalu dere (bendera) itu jatuh atas jalan menyusahkan lain dan mungkin berlaku kemalangan..kalau nak buatt bendera besar kapal pun buat la jauh sikit dari kaki lima jalan..taksub tak btempat..fikir la skit keselamatan orang lain dan saudara mara kita,” kata Yuza Zairy.

“Tak cerdik pasang kat situ. Laluan orang awam tu. Tepek (pasang) atas atap rumah la lain kali. Ingat keselamatan tu,” kata Aida Cahaya.

“Tak payoh nebeng (melampau) sangat la kita ni. Tu cari nahas kalau lah angin kuat baham kereta orang lalu lintas situ. Letak otak di kepala tutut,” kata Miah Ganu.

“Ehhh..Buang wak gape nye..Lok situ je laa…Mane tahu sakut ikang Paus kan hahahaha..Yer kelih (tengok) ceroh nerang situ hahahaha..,” kata Pemude Trakitkitee.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here