Bas Amphicoach Tidak Boleh Naik, Adun PAS malukan diri

0
226

Terpanggil menjawab isu fitnah bas amphicoah yang dilemparkan oleh adun Bukit Payung , hanya bercakap bersandarkan cakap orang tanpa usul periksa menjadikan ianya bahan untuk mengulas panjang dalam ceramah politik kurang matang.

Semasa bas Amphicoach itu sedang dalam sesi pandu uji saya sebagai wartawan Terengganu.News berada dalam bas berkenaaan dari awal sehingga ke akhir ujian dijalanlan.

Video tular yang dikatakan “bas dok rok naik” diambil ketika bas tersebut sedang melakukan ujian

1- “blower Waterjet” dan belum pun turun ke sungai Terengganu waktu itu.

2- Bas berkenaan pertama kali hendak dibawa turun ke air di Terengganu dan perlukan beberapa penelitian sebelum ianya dipandu di air.

3- Tahap kesempurnaan waterjet sedang diuji waktu itu dan disaksikan oleh JKR, APMM , JPJ, APM, PDRM dan juga BOMBA.

4- Setelah selesai semua ujian itu, bas itu dipandu masuk ke air sungai Terengganu dengan baik berlayar menyusuri sungai tanpa ada gangguan.

5 – bas berkenaan naik ke darat dengan selamat tanpa sebarang masalah seperti mana ianya menuruni sungai Terengganu.

Jadi dimana bas Amphicoach itu dikatakan ” dok rok ” oleh Adun Pas Bukit Payung ?

ALLAH pernah berfirman, jika datang sesuatu berita kepada kamu, selidiki dahulu…bukannya pakai bahang rambang…. inikah taraf ustaz melemparkan fitnah hari-hari-hari?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here