Bantuan Dana Raya diteruskan – Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

0
2046
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Exco kerajaan negeri.

Kerajaan negeri mengumumkan akan meneruskan pemberian Bantuan Dana Raya kepada rakyat kurang berkemampuan sebagai persediaan menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Prof Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan ini juga dibuka untuk pemohon baru yang boleh dimohon secara online dan pengagihan dana akan dilakukan pada bulan puasa ini.

“Mengambil kira kita hendak menyambut Ramadan dan menyambut hari raya puasa dan mengambil kira yang dilaksanakan di Terengganu pada sebelum ini, maka kita membuat keputusan untuk meneruskan pemberian dana raya berjumlah antara RM300 hingga RM400 mengikut kelayakan masing-masing.

“Pengagihan akan dibuat pada bulan puasa dan dalam masa yang sama kita juga membuka kepada permohonan baru yang tercicir dan tidak mendapat bantuan sebelum ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman semalam.

Hadir sama Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah dan Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahari Mamat.

Sementara itu kerajaan negeri turut mengumumkan untuk menunaikan satu daripada manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) iaitu pemberian 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang akan dilaksanakan pada masa terdekat

Menurutnya, sebagai contoh jika pengguna menggunakan 21 meter padu, mereka hanya perlu membayar 1 meter padu dan 20 meter padu adalah percuma.

Selain itu Samsuri juga mengumumkan kerajaan negeri memansuhkan keperluan tandatangan Pengerusi JKKK bagi sebarang proses permohonan yang bertujuan bagi mengatasi kerenah birokrasi di jabatan kerajaan.

Tambahnya, setiap permohonan yang dibuat boleh berurusan terus kepada majlis daerah tanpa melalui JKKK.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here