Bajet Terengganu 2018: Kad subsidi untuk rakyat beli barangan asas

0
127

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan memperkenalkan Program Membantu Rakyat (PMR) bagi mengurangkan beban dan sebagai salah satu usaha menangani isu peningkatan kos sara hidup di negeri ini.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program tersebut, seramai 3,666 Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam senarai e-kasih akan menerima kad subsidi untuk membeli barangan keperluan asas.

“Kad subsidi ini boleh digunakan di setiap cawangan T-Mart dan kedai-kedai terpilih di negeri Terengganu setiap bulan,” katanya ketika berucap pada pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Ahmad Razif berkata, sebagai permulaan pihaknya memperuntukkan sebanyak RM2.64 juta untuk menjayakan program tersebut.

Dalam pembentangan bajet yang sama juga, Ahmad Razif turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi pemberian Kad Generasi Terengganu (Kad Gen-T) kepada 40,000 mahasiswa anak Terengganu.

Baca: Teks ucapan penuh Bajet Terengganu 2018

Baca: Ringkasan dan intipati penting Bajet Terengganu 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here