Azizulhasni, Fatehah dipilih Olahragawan & Olahragawati Terengganu 2017

0
175
Anugerah Sukan Terengganu 2017 di Wisma Darul Iman. – Gambar Takir Ibrahim

Dua jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa menepati ramalan apabila dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2017 dalam majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST) yang diadakan di Wisma Darul Iman malam ini.

Kemenangan itu memberikan Azizulhasni dan Fatehah mendapat wang tunai RM7,000, sumbangan RM2,000 kepada persatuan yang diwakili, sijil kepujian dan piala pusingan.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Halina Zakaria, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong dan EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat.

Walau bagaimanapun kedua-dua atlet berkenaan tidak dapat hadir berikutan sedang menyertai kejohanan Sukan Komenwel Gold Coast Australia ketika ini.

The Pocket Rocketman yang menggondol dua pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan menjuarai acara Keirin di World Cycling Championship Hong Kong 2017.

Sementara bagi Fatehah pula memperoleh empat pingat emas Sukan SEA dan layak menyertai Coupe Du Monde (World Cup).

Dua atlet Petanque Syed Akmal Syed Ali dan Nur Iman Aina Ahmad Sabti dinobat sebagai Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan Terengganu 2017 yang menerima hadiah wang tunai RM2,500.

Dalam pada itu kejayaan cemerlang Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) memenangi 3 daripada empat stage yang dipertandingkan termasuk salah seorang pelumbanya Artem Ovechkin dari Rusia meraih jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan membolehkan TSG dipilih sebagai Pasukan Terbaik Lelaki AST 2017 manakala Terengganu Hockey Ladies Team (THLT) pula memenangi Anugerah Pasukan Terbaik Wanita.

Berkaitan: Senarai pemenang Anugerah Sukan Terengganu 2017

Bagi Anugerah Olahragawan Paralimpik dan Olahragawati Paralimpik diraih oleh dua atlet Berbasikal iaitu Zuhairie Ahmad Tarmizi dan Nur Shahida Tajudin di mana kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan sijil kepujian.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dipilih Tokoh Sukan Negeri di atas sumbangan dan sumber inspirasi dalam sukan Lawn Bowls dan Bola Sepak. – sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here