40,000 mahasiswa anak Terengganu dapat kad Gen-T

0
630
Kerajaan negeri agih kad Gen-T untuk mahasiswa anak Terengganu yang bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan pelajar. – Gambar Mohamad Firdaus Musa

Seramai 40,000 mahasiswa anak Terengganu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara akan mendapat kad Gen-T daripada kerajaan negeri yang bakal dilancarkan pada akhir bulan ini.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, kad ini diwujudkan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan pelajar dengan mendapat potongan harga di kedai dan syarikat yang terpilih selain memberi manfaat mahasiswa dan rakan niaga.

‘Kad Gen-T adalah cetusan idea daripada mahasiswa Terengganu sendiri dan telah diletakkan sebagai Touch Point ke 15 di bawah Petunjang Pertama Bajet Kerajaan Negeri Terengganu 2018: Mengurangkan beban rakyat dalam menangani isu peningkatan kos sara hidup’.

‘Kad ini bakal dinikmati oleh 40,000 orang mahasiswa Anak Terengganu di IPT seluruh negara dan Sebagai permulaan, kerajaan negeri memberikan RM100 bagi setiap kad’.

‘Pemegang Kad Gen-T hanya perlu mempamerkan Kad Gen-T & Kad Pengenalan ketika berurus niaga di mana-mana kedai yang berdaftar dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan potongan harga’, katanya selepas Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Mohd Zubir Embong, EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A Latiff Awang, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Yayasan Terengganu Ishamudin Hashim dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.

Tambahnya antara kedai yang terlibat adalah Chicken Cottage, Hotel Primula, Taman Tamadun Islam, Hospital Kuala Terengganu Specialist, tiket bola Terengganu Football Club, panggung wayang Lotus Five Star dan banyak lagi yang mendapat potongan sehingga 30 peratus. – sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here