3000 Peserta  Silat Sertai Himpunan “TOK DEKOR”

0
298
foto – Takir Ibrahim

KUALA NERUS – Seramai 3000 orang peserta silat dari seluruh daerah di negeri Terengganu menyertai himpunan “Tok Dekor Terengganu” bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini.

 

Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri (  Tourism Terengganu dengan kerjasama Persatuan Silat Negeri Terengganu itu bertujuan menyerlahkan keunikan seni silat sebagai satu kekayaan seni budaya dan warisan negeri.

 

Selain dari itu, ianya sebagai pengisian kepada kempen Beautiful Terengganu , Malaysia dalam memartabatkan seni warisan bangsa sebagai salah satu produk pelancongan serta mengukuhkan semangat jati diri melayu dan cintakan tahnahair dalam diri semua anak seni dan pengamal seni.

Turut hadir , pengarah jabatan Pelancongan , Tun Ahmad Faisal Tun Razak, Yang DiPertua Pesaka Terengganu, Dato’ Rosol Wahid dan Pengerusi Program Fakhrul Azman Abu Bakar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here