250 sertai Mari Candat Sotong 2018

0
338
Pelancaran Mari Candat Sotong 2018 di Jeti Kampung Batin Seberang Takir hari ini. – Gambar Takir Ibrahim

Seramai 250 orang dengan menaiki 25 buah bot menyertai Mari Candat Sotong 2018 anjuran kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang diadakan di Jeti Kampung Batin Seberang Takir hari ini.

Antara yang menyertai program ini iaiah Kelab Rekreasi Tourism Malaysia Putrajaya termasuk wakil-wakil media dan agensi pelancongan dari Lembah Klang, Women Anglers Club, Persatuan Orang-Orang Pekak Negeri Terengganu, pengamal media tempatan, Persatuan Homestay Teluk Ketapang dan ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Program yang dibuat pada setiap tahun itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama isteri Menteri Besar To ‘Puan Seri Halina Zakaria dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

Dalam majlis yang sama turut disampaikan penghargaan Anugerah Pelancongan 2016/2017 Kategori Homestay Terbaik oleh Pengerusi Persatuan Homestay Negeri Terengganu kepada YAB Menteri Besar Terengganu.

Pesta candat sotong diiktiraf sebagai ikon pelancongan Terengganu mula diperkenalkan secara komersial oleh kerajaan negeri pada 1991 di kawasan perairan Pulau Kapas dan Pulau Gemia Marang bermula daripada bulan April hingga Ogos setiap tahun dan merupakan aktiviti riadah yang sesuai disertai oleh semua lapisan usia.

Selain melonjakkan industri pelancongan negeri Terengganu seperti memperkenalkan kluster produk dan destinasi pelancongan lain seperti Kuala Terengganu, Tasik Kenyir dan Setiu Wetlands, ia juga meningkatkan taraf ekonomi nelayan tempatan melalui pakej peluang keusahawanan yang boleh diceburi seperti pakej mencandat dan sebagainya. – sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here